Koperasi Seri Beruas Berhad merupakan sebuah koperasi yang dimiliki sepenuhnya 100% Bumiputera yang jumlah keahliannya seramai 305 orang. Jumlah saham yang terkumpul dari anggota-anggotanya sehingga kini adalah melebihi RM2 juta. Sebelum ini koperasi ini dikenali sebagai Koperasi Serbaguna Sri Beruas Berhad.
Aktiviti utama koperasi ini adalah mengusahakan ladang kelapa sawit yang kini jumlah keluasan tanah miliknya kira-kira 660 ekar yang terletak di sekitar Mukim Beruas & Mukim Sitiawan di Daerah Manjung serta Mukim Senggang di Kuala Kangsar Negeri Perak. Pada tahun 2012 koperasi ini telah menyertai perniagaan francais di bawah jenama Ar-Rahnu X'Change iaitu sebuah perniagaan pajak gadai Islam. Kedai pajak gadai Islam ini telah dibuka di Pekan Ayer Tawar, Perak (berhampiran RHB Bank) pada 22hb Mei 2013. Penduduk tempatan telah memberi sambutan yang amat baik terhadap perniagaan ini.
Pendapatan sampingan koperasi pula adalah hasil daripada kerja-kerja kontrak (pemborong binaan melalui Lesen PKK Kelas E dan CIDB dan sebagai pembekal melalui Lesen Kementerian Kewangan, Lesen TNB dan MBI) serta bayaran dari fotostat/faks.
Koperasi ini pernah menerima Anugerah Tokoh Koperasi Daerah Manjung pada 2013 dan menerima Anugerah Francaisi Harapan Terbaik pada tahun 2014 menerusi kedai Ar-Rahnu X'Change. Berikutan harga jualan sawit yang kurang memberangsangkan seperti tahun 2011-2012 pendapatan bulanan koperasi mengalami sedikit kemerosotan. Pulangan dividen kepada anggota hanya sekitar 55-10% dari jumlah saham yang mereka miliki. Pihak pengurusan berharap harga sawit meningkat dan berusaha untuk menceburi bidang lain untuk meningkatkan semula pendapatan koperasi.
Profil
1. Nama Syarikat :KOPERASI SERI BERUAS BERHAD
2. No.Pendaftaran :KOOP DAERAH 35 (IP 5376/1)
3. Alamat Pejabat : No.3, Taman Anggerik, Jalan Kolam Air, 32400 Beruas, Perak Darul Ridzuan.
4. Alamat Perniagaan : Kedai Ar-Rahnu X'Change Ayer Tawar, Lot 41, Jalan Besar, 32400 Ayer Tawar, Perak Darul Ridzuan.
4. Tarikh Pendaftaran : 17hb Jun 1980
5. Jenis Perniagaan : Kelapa Sawit, Pajak Gadai Islam, Pemborong Binaan dan Pembekal (Kem.Kew)
Logo
Misi
Matlamat koperasi ini ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi yang telah ditetapkan.
Visi
Tujuan utama koperasi ini ialah menjalankan aktiviti-aktiviti perladangan.
Aktiviti
Aktiviti-aktiviti koperasi ini adalah tertakluk kepada Akta Koperasi 1993 dan peruntukan undang-undang kecil. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:
- Memperolehi tanah untuk dimajukan sebagai ladang kelapa sawit, getah dan lain-lain tanaman pertanian dan membeli ladang-ladang yang telah dimajukan.
- Menjalankan aktiviti pajak gadai Islam (Ar-Rahnu)
- Menjalankan aktiviti pemborongan, perindustrian dan perdagangan
- Menjalankan perkhidmatan kenderaan dan pengangkutan
- Menjalankan aktiviti pengguna dan pembekalan keperluan anggota
- Membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, sewa menyewa, cagar mencagar, pajak memajak, gadai menggadai dan memiliki harta-harta alih dan tak alih.