Aduan
ADUAN DAN CADANGAN PENGURUSAN LADANG KOPERASI SERI BERUAS BERHAD
Sukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa KOPERASI SERI BERUAS BERHAD mengamalkan sikap terbuka untuk menerima aduan dan cadangan daripada penduduk setempat berkaitan pengurusan dan ladang kami pada bila-bila masa. Sekiranya anda berkehendak untuk membuat aduan atau memberi cadangan anda boleh hadir ke pejabat kami dan mengisi borang aduan atau muatturun borang dengan klik perkataan Borang Aduan berwarna kuning di bawah.
Pihak kami amat prihatin dengan keharmonian masyarakat setempat serta mengambil berat aduan dan cadangan untuk menambahbaik pengurusan dan ladang kami.
CARA KERJA PROSES ADUAN
Sumber Maklumat
1.1 Sumber maklumat dikenalpasti melalui dua sumber iaitu sumber dalaman dan sumber luaran.
Saluran Aduan
2.1 Kotak aduan akan digunakan sebagai medium utama untuk menyampaikan aduan kepada pihak pengurusan di Bahagian Perladangan.
2.1.1 Kotak aduan ini diletakkan di hadapan Pejabat KSBB.
2.1.2 Pengadu hendaklah mengisi Borang Aduan yang telah disediakan dan memberikan maklumat yang lengkap untuk setiap aduan yang dibuat.
2.1.3 Kotak aduan ini akan dibuka seminggu sekali untuk tindakan selanjutnya.
2.2 Emel dan pos juga digunakan sebagai medium lain untuk menyampaikan aduan kepada pihak pengurusan di Bahagian Perladangan. Borang Aduan boleh juga didapati di laman web walau bagaimanapun sekiranya pengadu sukar untuk mencetak Borang Aduan kerana tidak mempunyai emel, mereka hendaklah menulis surat yang mengandungi nombor telefon atau alamat untuk mendapat maklumbalas tindakan yang telah diambil.
Tindakan
3.1 Semua aduan yang diterima akan ditapis mengikut bidang kuasa Pengerusi JK Ladang (PL).
3.2 Maklumbalas akan diberikan kepada pengadu secara bertulis berdasarkan kepada jenis aduan.
3.3 Fail siasatan akan dibuka bagi tindakan selanjutnya.
3.4 Sekiranya aduan tersebut berada dibawah bidang kuasa Pengerusi JK Ladang (PL), tindakan boleh diambil oleh Bahagian Perladangan.
3.5 Bagi aduan yang mana ia berada diluar bidang kuasa PL, aduan tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Anggota Lembaga (MALK).
3.6 Siasatan akan dilakukan bagi aduan yang dikenalpasti mempunyai asas yang kukuh. Aduan akan diselesaikan dalam tempoh 2 minggu.
3.7 Bagi aduan yang dikenalpasti tiada kes, ia akan difailkan sebagai Tiada Tindakan Susulan (TTS) atau ‘No Further Action (NFA)’.
3.8 Siasatan yang telah lengkap akan dibuat laporannya.
© Copyright KOPERASI SERI BERUAS BERHAD