Amalan Polisi Koperasi
Terdapat beberapa polisi yang diamalkan oleh Koperasi Seri Beruas Berhad. Kesemua polisi ini telah dibentangan dan diluluskan di dalam Mesyuarat Anggota Lembaga Tahun 2019.
POLISI MINYAK SAWIT MAMPAN MALAYSIA (MSPO) KOPERASI SERI BERUAS BERHAD
Koperasi Seri Beruas Berhad akan berusaha mengamalkan Standard Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) untuk mencapai pengeluaran produk kelapa sawit yang lestari bagi aktiviti perladangannya. Koperasi Seri Beruas Berhad dengan kepimpinan serta komitmen yang diberikan pihak pengurusan akan mematuhi kepada prinsip-prinsip utama MSPO seperti berikut:
- Tanggungjawab dan komitmen pengurusan
- Ketelusan
- Pematuhan terhadap undang-undang
- Tanggungjawab sosial, kesihatan, keselamatan dan keadaan pekerjaan
- Persekitaran, sumber semulajadi, biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem
- Amalan baik
- Pembangunan tanaman baru
Koperasi Seri Beruas Berhad juga akan terus komited untuk amalan penambahbaikan berterusan dengan memanfaatkan sumber manusia, proses dan teknologi secara lestari.
POLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KOPERASI SERI BERUAS BERHAD
Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Koperasi Seri Beruas Berhad komited untuk menyediakan persekitaran tempat kerja yang kondusif, selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan orang-orang lain yang terlibat oleh aktiviti-aktivitinya. Selaras dengan ini, Koperasi Seri Beruas Berhad akan:
- Memastikan semua kakitangan diberi latihan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
- Menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk mempastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang lagi.
- Mematuhi kehendak-kehendak perundangan mengenai keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan tata amalan yang diluluskan.
- Menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja dan
- Mengkaji semula dasar ini apabila perlu
Pihak Koperasi Seri Beruas Berhad yakin budaya kerja selamat dan sihat adalah faktor utama ke arah memastikan kejayaan misi koperasi.
POLISI SOSIAL KOPERASI SERI BERUAS BERHAD
Koperasi Seri Beruas Berhad akan sentiasa menghormati, menyokong dan mempertahankan hak asasi kemanusiaan bagi setiap kakitangannya dalam menyediakan tempat kerja yang harmoni.
Oleh itu, Koperasi Seri Beruas Berhad akan memberikan komitmen untuk:
- Memastikan pihak pengurusan tidak terlibat dan menyokong amalan diskriminasi serta memberi peluang dan layanan yang sewajarnya terhadap kakitangan atau pihak-pihak yang lain.
- Menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat.
- Menghormati hak pekerja dan membenarkan pekerja untuk menyertai Kesatuan Sekerja seperti yang dinyatakan dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959 atau membentuk kesatuan sekerja dan hak untuk berunding secara berhemah.
Justeru, pematuhan terhadap polisi ini akan dilaksanakan oleh pihak pengurusan agar Koperasi Seri Beruas Berhad terus membangun dan cemerlang di masa akan datang.
POLISI GANGGUAN SEKSUAL & KEGANASAN KOPERASI SERI BERUAS BERHAD
Adalah polisi Koperasi Seri Beruas Berhad bagi mewujudkan suasana kerja yang bebas dari pada gangguan seksual dan keganasan di tempat kerja. Berikut adalah salah menurut undang-undang dan tidak dapat ditoleransi:-
- Gangguan seksual dalam kalangan pekerja di tempat kerja.
- Balas dendam terhadap pengadu gangguan seksual.
- Kelakuan ganas di tempat kerja.
- Balas dendam terhadap orang yang menolong siasatan.
Demi mencapai objektif tersebut, Koperasi akan:-
- Bertindak secepat mungkin terhadap aduan-aduan gangguan seksual.
- Mengenakan tindakan yang sewajarnya, termasuklah tindakan tatatertib.
Aduan dan Tindakan
Seseorang pekerja berhak membuat aduan dengan cara menulis atau lisan jika dia percaya dirinya bahan kepada gangguan seksual. Setiap aduan akan disiasat dengan teliti seperti berikut:-
- Menyoal kedua-dua pihak secara terperinci.
- Menyiasat secara mendalam untuk mendapatkan bukti-bukti sokongan.
Jikalau tuduhan disahkan, Koperasi akan bertindak secepat mungkin untuk menghentikan kelakuan yang menjijikkan itu dan mengenakan tindakan-tindakan disiplin yang berbentuk kaunseling atau penamatan pekerjaan.
POLISI PENGGAJIAN PEKERJA BAWAH HAD UMUR MINIMA KOPERASI SERI BERUAS BERHAD
Pengurusan berpegang kepada polisi penggajian pekerja bawah had umur minima bagi menjamin hak dan keselamatan setiap pekerja yang bekerja di ladang. Penggajian pekerja bawah had umur minima adalah tertakluk kepada undang-undang seperti berikut:-
- Akta Penggajian kanak-kanak dan orang muda 1966; dan (Kanak-kanak yang belum mencapai umur 14 tahun dan Orang Muda yang berumur 14 tahun hingga 16 tahun)
- Konvesyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO ) 1438 (1973 ) Artikel 1 – 3.
Oleh itu, pengurusan akan berusaha untuk mematuhi segala undang-undang dan peraturan yang sedia ada berkaitan dengan penggajian kanak-kanak dan had umur minima serta bersedia mengambil langkah-langkah yang perlu untuk meningkatkan kesedaran semua pihak yang terlibat.
Kerjasama dan komitmen semua pihak amatlah penting bagi memastikan polisi ini dapat dilaksanakan sepanjang operasi harian koperasi.
POLISI KESAMARATAAN KOPERASI SERI BERUAS BERHAD
Koperasi Seri Beruas Berhad adalah komited untuk mengeluarkan hasil kelapa sawit dengan mengambil kira kepentingan ekonomi, alam sekitar dan sosial. Pihak pengurusan bertanggungjawab dan komited untuk memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap dasar pekerjaan yang tiada diskriminasi, tidak melanggar undang-undang dan melayan semua individu secara sama rata dan penuh hormat tanpa mengira asal-usul, jantina, umur, bangsa, agama dan pekerjaan.
Adalah menjadi polisi Koperasi untuk memberi peluang sama rata kepada semua pekerja dalam penggajian, peluang pekerjaan, kenaikan pangkat melalui pencapaian prestasi kerja masing-masing mengikut terma yang telah disediakan. Sebarang bentuk ketidakpatuhan oleh mana-mana individu membolehkan tindakan yang sewajarnya diambil. Mengemaskini polisi ini secara berkala untuk memastikan ianya kekal berkaitan dan berkenaan.
DASAR PEMBAKARAN TERBUKA SIFAR (ZERO BURNING PRACTICE) KOPERASI SERI BERUAS BERHAD
Pembakaran terbuka adalah ditegah di bawah ASEAN Zero Burning Polisi (1999) dan Perintah Kualiti Alam Sekeliling(Declared Activity) (PembakaranTerbuka) 2003. Untuk penanaman baru dan program penanaman semula, kami mengikuti Polisi Pembakaran Sifar berdasarkan Undang-Undang Malaysia (Akta A1102 / Akta Kualiti AlamSekitar 2001).
Dalam keadaan di mana kita perlu melakukan pembakaran terbuka, berikut adalah tindakan yang perlu dipatuhi:
- Tidak boleh ada pembakaran terbuka dalam apa jua keadaan kecuali apabila ia perlu dengan mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada pihak yang berkenaan, termasuk sisa domestik, sisa pertanian, dan biomas atau produk yang dihasilkan oleh ladang dan kilang kelapa sawit.
- Semua jenis hasil sisa haruslah dilupuskan dengan sewajarnya melalui kaedah pelupusan seperti tapak pelupusan sampah, kitar semula atau buangan terjadual.
Oleh itu, bahagian (ALK, Staf) yang berkaitan dikehendaki mematuhi perkara-perkara berikut dengan serta merta.
POLISI PERSEKITARAN KOPERASI SERI BERUAS BERHAD
Koperasi Seri Beruas Berhad memahami kesejahteraan alam sekitar amat penting dan bernilai. Kami bersungguh-sungguh akan melindungi dan memelihara kepentingannya untuk meningkatkan kualiti hidup pekerja, pelanggan dan generasi masa depan. Kami akan berjuang untuk mengekalkan keseimbangan di antara pemuliharaan alam sekitar seiring dengan undang-undang alam sekitar.
Koperasi komited untuk:
- Menjalankan perniagaan kami dengan cara yang terbaik dalam menjaga alam sekitar;
- Komited mengelakkan pencemaran, sentiasa cuba untuk mengaplikasikan tenaga alternatif yang lestari yang dalam operasi syarikat, menjaga keharmonian biodiversiti dan terus menerus memperbaiki pengurusan untuk meningkatkan prestasi alam sekitar;
- Memastikan kakitangan, pekerja buruh dan individu-individu yang berurusan dengan koperasi mempunyai komitmen yang tinggi terhadap perlindungan dan kebertanggungjawaban ke atas alam sekitar ketika membentuk, merancang dan melaksanakan aktiviti masing-masing
- Mendidik para kakitangan, pekerja buruh dan rakan-rakan perniagaan untuk menerima, menyokong dan mengguna pakai polisi ini dengan penuh komited;
- Menggalakkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan kakitangan, pekerja buruh dan kontraktor dengan melakukan pembelajaran dan latihan mengenai alam sekitar
© Copyright KOPERASI SERI BERUAS BERHAD